Posts Tagged ‘Kanser’
Pembengkakan Prostat yang Bukan Kanser
Pendahuluan
Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar .
Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan.
Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser. Read the rest of this entry »
Kanser Serviks
Apakah itu kanser servik?
- Kanser pangkal rahim.
- Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
- Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
- Ia boleh terbahagi kepada :
- Peringkat awal
- Berlaku di sekitar servik
- Peringkat lewat
- Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / ‘malignant’
- seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
- Peringkat awal
- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 – 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Read the rest of this entry »
Kanser Payudara
Ujian Saringan Kanser Payudara
Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
- Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
- Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
- Ia adalah penyebab utama kematian awal.
- 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
- 6 – 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 – 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara. Read the rest of this entry »


