postheadericon Pemakanan Bagi Pesakit Gout

Pengenalan

  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.

KUMPULAN MAKANAN TINGGI PURIN
(150-825mg
purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN
(50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
Makanan perlu dielak Makanan diambil secara sederhana Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin - Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan - Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : 

*Hadkan ½ cawan sehari

Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran - Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : 

*Hadkan ½ cawan sehari

Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan makeral- Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) 

*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia

Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak - - Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup Ekstrak daging Sup daging Sup sayur
Lain-lain Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu) - Minum 6-8 gelas sehari.  ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

 

 

Leave a Reply

Kira Body Mass Index Anda



Jump to the BMI table »

Pemanis Khasiat Yang Mustajab
Pengganti gula yang unik semakin popular di serata dunia kerana, ia bukan sahaja 300 kali lebih manis daripada gula tebu, tiada sisa rasa yang pelik, manakal juga memberi manfaat kesihatan yang terbukti pada gula darah, kesihatan oral, kawalan berat, dan lain-lain.
http://www.luvina.biz

Pakej Kesihatan Serba Lengkap
Produk mesti guna dikalangan wanita-wanita dan ibu-ibu selepas bersalin.
http://www.luvina.biz