postheadericon Pemakanan Pesakit Strok Di Rumah

Pengenalan

Sejumlah 75% daripada pesakit yang mengalami strok adalah mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun dan kejadian strok meningkat dengan faktor umur (J Neurosci Nurs 1994).

Setelah serangan akut strok, kadar malnutrisi dilaporkan meningkat dari 16% semasa kemasukan ke wad sehingga 22 – 35% setelah 2 minggu di wad (Acta Med Scand 1988). Keadaan malnutrisi ini menjadi lebih teruk apabila pesakit pulang ke rumah. Ini adalah disebabkan oleh penjagaan pemakanan yang tidak optimum mengikut keperluan individu. Read the rest of this entry »

postheadericon Pemakanan bagi Pesakit Kardiovaskular

Pengenalan

  • Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.
  • Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.
  • Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.
  • Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
    • Lipoprotein berketumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
    • Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
    • Trigliserida (TG)
  • Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baikt’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.
  • Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Read the rest of this entry »

postheadericon Pemakanan Bagi Pesakit Gout

Pengenalan

  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout. Read the rest of this entry »

postheadericon Pemakanan untuk Hiperkolesterolemia

Pengenalan

Objektif Pengurusan Pemakanan:

  • Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
  • Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol

  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
  2. Kurangkan pengambilan lemak
  3. Tingkatkan pengambilan serat Read the rest of this entry »

postheadericon Pembengkakan Prostat yang Bukan Kanser

Pendahuluan

Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar .

Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan.

Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser. Read the rest of this entry »

Kira Body Mass Index Anda



Jump to the BMI table »

Pemanis Khasiat Yang Mustajab
Pengganti gula yang unik semakin popular di serata dunia kerana, ia bukan sahaja 300 kali lebih manis daripada gula tebu, tiada sisa rasa yang pelik, manakal juga memberi manfaat kesihatan yang terbukti pada gula darah, kesihatan oral, kawalan berat, dan lain-lain.
http://www.luvina.biz

Pakej Kesihatan Serba Lengkap
Produk mesti guna dikalangan wanita-wanita dan ibu-ibu selepas bersalin.
http://www.luvina.biz