Bicara Tentang Kesihatan

Petua: Khasiat Daun Kari
Nama Tempatan: Kari

Nama Saintifik: Murraya Koenigii

Nama Lain: Karipulei, curry leaves

Famili: Rutaceae

Keterangan:

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan

6.1% protein

1.0% lemak

16.0% karbohidrat

6.4% fiber

Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.

Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan:

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Bagi mereka yang mempunyai kadar tekanan darah tinggi yang tinggi, rendam daun kari dengan air panas. Minum begitu sahaja.

Petua: Cekur Penawar Senggugut
Nama Tempatan :  Cekur / Kencur

Nama Saintifik     : Kaempferia Galanga

Keterangan

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Cara Makan

Ambil 1 atau 2 ulas ubi cekur dan basuh sehingga bersih. Makan mentah beserta secubit beras. Amalkan 1 hingga 2 minggu sebelum tempoh haid.

Petua: Tebu Hitam Penawar Kencing Manis
Nama Tempatan :  Tebu Hitam

Nama Saintifik     : Sacharum Offcinarum

Keterangan

Salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar. Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan.

Cara Makan

Potong tebu hitam dalam panjang sedepa. Potong ikut kesesuaian atau panjang sejengkal dan belah kepada 4 supaya saiznya kecil tanpa dibuang kulit. Rebus tebu hitam tersebut dengan air sebanyak 2 liter ( 1 1/2 botol 1.5 liter) beserta gula batu sebesar ibu jari. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam.

Simpan air rebusan tersebut di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dahulu sebelum minum. Panaskan bila ingin minum. Minum sebanyak secawan sekali sehari.

Tindak Balas

Sila minum ketika hari cuti dan ketika anda betul-betul hendak tidur. Ini kerana, tindak balas akan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas minum. Anda berpotensi untuk mengalami pening kepala @ kepala pusing tahap tertinggi. Senang cakap, anda akan terasa kepala dibawah dan lantai diatas. Jadi, pastikan pasangan anda memahami apa yang akan berlaku. Sediakan juga tuala basah untuk menutup kepala & muka bagi mengurangkan sedikit kepeningan dan kepanasan sekiranya ada. Sila banyak bersabar dalam tempoh pemulihan tersebut.

Petua: Buah Nam-nam Penawar Kencing Manis
Nama Tempatan :  Nam Nam

Nama Saintifik     : Cynometra Cauliflora

Nama Lain  : Pokok katak puru,amphawa, nang-ai, hima,namu-namu,kopi anjing

Famili           : Ceasalpinioideae/Leguminosae

Keterangan

Merupakan sejenis pokok kecil nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan. rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Cara Makan

Buahnya boleh dimakan terus begitu sahaja dengan kulit atau tanpa kulit. Boleh juga dibuat jus. Seelok-eloknya tanpa gula. Sekiranya ingin ditambah gula, dalam kadar sedikit. Pucuknya yang muda boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat ulam.

Tindak Balas

Tidak selesa pada sekitar pinggang (buah pinggang), peha, bahu hingga ke leher.

Berlebihan Berat Badan dan Kegemukan / Obesiti
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?

YA !!!

Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.

Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 – 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.

Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.

Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Berat badan (kilogram)

(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina.Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan.Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan.

Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawah

Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :

Sejarah keluarga anda.

Masalah perubatan.

Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.

Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).

Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?

Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.

Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.

Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.

Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.

Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur – Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :

Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi

Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam

Apakah komplikasi masalah ini?

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :

Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.

Penyakit Kencing Manis/Diabetes.

Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.

Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.

Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.

Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?

Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :

Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.

Makan secara sederhana.

Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.

Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.

Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.

Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

Apakah rawatan yang boleh diperolehi ?

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :

Pemakanan

Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:

Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).

= 30% kalori daripada lemak.

Untuk mengurangkan berat badan :

Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.

Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.

Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).

Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.

Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.

Baca label makanan terutama kandungan kalori.

Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.

Aktiviti fizikal

Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta (“parking”) jauh dan bersenam semasa menonton TV.

Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.

Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.

Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.

Ubah tabiat anda.

Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).

Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.

Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.

Ubat-ubatan

Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.

Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Pembedahan

Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.

Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.

Berapa lama seseorang perlu dirawat?

Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.

Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.

Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan?

Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :

Ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.

Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.

Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Umur (Tahun)

Lebih Berat Badan BMI

Gemuk BMI

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

9.00

19.10

19.07

22.77

22.81

9.50

19.46

19.45

23.39

23.46

10.00

19.84

19.86

24.00

24.11

10.50

20.20

20.29

24.57

24.77

11.00

20.55

20.74

25.10

25.42

11.50

20.89

21.20

25.58

26.05

12.00

21.22

21.68

26.02

26.67

12.50

21.56

22.14

26.43

27.24

13.00

21.91

22.58

26.84

27.76

13.50

22.27

22.98

27.25

28.20

14.00

22.62

23.34

27.63

28.57

14.50

22.96

23.66

27.98

28.87

15.00

23.29

23.94

28.30

29.11

15.50

23.60

24.17

28.60

29.29

16.00

23.90

24.37

28.88

29.43

16.50

24.19

24.54

29.14

29.56

17.00

24.46

24.70

29.41

29.69

17.50

24.73

24.85

29.70

29.84

18.00

25.00

25.00

30.00

30.00

Pemakanan Pesakit Strok Di Rumah
Pengenalan

Sejumlah 75% daripada pesakit yang mengalami strok adalah mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun dan kejadian strok meningkat dengan faktor umur (J Neurosci Nurs 1994).

Setelah serangan akut strok, kadar malnutrisi dilaporkan meningkat dari 16% semasa kemasukan ke wad sehingga 22 – 35% setelah 2 minggu di wad (Acta Med Scand 1988). Keadaan malnutrisi ini menjadi lebih teruk apabila pesakit pulang ke rumah. Ini adalah disebabkan oleh penjagaan pemakanan yang tidak optimum mengikut keperluan individu.

Gejala/tanda

Dianggarkan sebanyak 29 – 64% pesakit strok akan mengalami disfagia (Stroke 1999). Disfagia ialah kesukaran untuk menelan makanan dan minuman.

Komplikasi

Disfagia boleh meyebabkan kekurangan pengambilan makanan yang seterusnya mengakibatkan penurunan berat badan dan malnutrisi. Ia juga turut dikaitkan dengan kekurangan air badan, aspirasi dan pneumonia (J Neurosci Nurs 1994).

Pengurusan Pemakanan

Terdapat dua cara penjagaan yang biasa dilakukan, iaitu:

Makanan melalui mulut ( Pemakanan Oral)

Bagi pesakit strok yang mengalami disfagia pengurusan pemakanan perlulah bersifat individu dan bergantung kepada kebolehan pesakit untuk makan dan minum bentuk tekstur makanan dan minuman. Ujian Penelanan (Swallowing Test) perlu dilakukan oleh Pegawai Pertuturan (Speech Therapist) untuk menentukan jenis minuman dan makanan yang sesuai dimakan melalui mulut.

Modifikasi makanan dari segi tekstur dan kepekatan boleh dilakukan seperti :

makanan dicincang kasar / halus

makanan dikisar kasar

makanan dikisar halus (puri)

minuman / makanan dipekatkan mengguna agen pemekat makanan seperti:- tepung jagung atau ‘Thixer’ atau ‘Thick & Easy’ (produk komersial)

Rajah 1: Makanan di cincang kasar

Rajah 2: Makanan dikisar kasar

Rajah 3: Makanan dikisar halus (puri)

Contoh: Kentang Putar

Rajah 4: Makanan / minuman dipekatkan mengguna agen pemekat makanan

CONTOH RESEPI BUBUR

(Jika pesakit boleh makan bubur lembut, hidangan ini tidak perlu dikisar)

BUBUR IKAN BILIS

(223kcal, 12g protein)

BAHAN

1/4 cawan beras

3 sudu besar ikan bilis

1/4 sudu kecil garam

1/4 cawan lobak (dipotong kecil)

¼ bawang merah

¼ bawang putih

1 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Masak beras sehingga menjadi bubur.

Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.

Rebus lobak sehingga lembut.

Masukkan semua bahan ke dalam bubur dan kemudian masukkan garam.

Selepas itu, bubur haruslah dikisar menggunakan pengisar sehingga menjadi cecair dan ditapis.

¼ bawang putih

Tambah air ¼ cawan jika terlalu pekat. (sukatan 250ml).

BUBUR AYAM/IKAN

(205-211kcal, 7-10g protein)

BAHAN

1/4 cawan beras

1/4 cawan ayam/ ikan tenggiri (dicincang)

1/4 sudu kecil garam

1/4 cawan lobak (dipotong kecil)

¼ cawan kacang pis/ sayur bayam

1 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAN

Masak beras sehingga menjadi bubur

Ayam/ ikan direbus dan dicincang.

Rebus lobak dan kacang pis sehingga lembut.

Tumis ayam/ ikan, lobak dan kacang pis dan masukkan ke dalam bubur.

Masukkan garam dan gaul sebati.

Selepas itu, bubur haruslah dikisar menggunakan pengisar sehingga menjadi cecair dan ditapis.

Tambah air ¼ cawan jika terlalu pekat (sukatan 250ml).

BUBUR ROTI

(190kcal, 11g protein)

BAHAN

2 keping roti (dibuang kulitnya)

200 ml susu rendah lemak

CARA PENYEDIAN

Roti dikisar bersama susu rendah lemak sehingga menjadi cecair dan ditapis.

Dapatkan sukatan 250ml.

Pemakanan melalui tiub (Pemakanan Enteral)

Bagi pesakit yang tidak boleh makan dan minum secara oral dengan jumlah yang cukup dan berisiko tinggi untuk aspirasi, ia harus menggunakan tiub pemakanan (Ryles tube) sehingga keupayaan untuk menelan pulih.

Laluan dan kaedah pemakanan melalui tiub biasanya akan ditetapkan oleh pihak hospital atau klinik. Namun, ahli keluarga hendaklah memilih produk yang sesuai untuk digunakan semasa di rumah.

Bagi pesakit strok yang mempunyai fungsi saluran pemakanan yang baik, formula enteral polimerik adalah bersesuaian. Produk polimerik biasanya mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang perlu dihadam. Kini terdapat pelbagai formula enteral polimerik di pasaran yang boleh dibeli di farmasi, kedai ubat cina dan pasar raya. Terdapat juga produk polimerik yang tinggi serat, tinggi protein dan tinggi tenaga yang disesuaikan mengikut keperluan pesakit. Produk enteral yang dirumus khas untuk keadaan penyakit-penyakit tertentu juga boleh digunakan. Rumusan susu lain seperti susu rendah lemah, susu tanpa lemak atau susu penuh krim juga boleh digunakan bersama-sama dengan campuran bijirin halus.

Kebiasaannya, 1200 – 1800 ml produk enteral yang dibancuh mengikut sukatan boleh memenuhi keperluan tenaga kebanyakan pesakit. Adalah diwajibkan pesakit atau ahli keluarga untuk mendapatkan nasihat pemakanan daripada Pegawai Dietetik di hospital atau klinik berhampiran sebelum menggunakan sebarang formula enteral atau rumusan lain. Pegawai Dietetik akan membantu untuk merancang diet yang paling sesuai dari segi jumlah dan penyediaan.

Ahli keluarga yang ingin menyediakan bubur kisar (blenderised diet) di rumah untuk diberi melalui tiub pemakanan perlu mendapat panduan daripada Pegawai Dietetik. Perlu diingati bahawa komposisi nutrisi bubur kisar adalah rendah dan tidak tepat. Kepekatan juga berbeza dan tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ia terdedah kepada risiko kontaminasi yang tinggi. Selain dari itu, ia juga mudah menyumbatkan tiub pemakanan.

Pemakanan bagi Pesakit Kardiovaskular
Pengenalan

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.

Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.

Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.

Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:

Lipoprotein berketumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)

Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)

Trigliserida (TG)

Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.

Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baikt’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.

Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).

Objektif Pengurusan Pemakanan

Untuk mengurangkan paras lipid serum melalui pendekatan pemakanan, senaman dan penurunan berat badan.

Untuk menyediakan perancangan makanan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular.

Faktor Risiko

Faktor risiko untuk hiperlipidemia termasuk:

Berlebihan berat badan atau obes

Diet

Tinggi lemak tepu dan kolesterol

Kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat

Gaya hidup yang sedentari

Faktor genetik :

Familial Hypercholesterolemia : Paras LDL yang tinggi

Familial Hypertriglyceridemia : Paras trigliserida yang tinggi

Familial combined hyperlipidemia : Paras kolesterol, trigliserida atau keduanya tinggi dan HDL rendah.

Mengalami penyakit gangguan hormon seperti :

Kencing manis

Hipotiroidism

Penggunaan ubat-ubatan tertentu :

Pil perancang keluarga

Terapi hormon

Beta blockers untuk merawat penyakit kardiovaskular

Pengurusan Pemakanan dalam Hiperlipidemia

Tenaga

1 gram  karbohidrat membekalkan 4 kilokalori tenaga.

Jumlah pengambilan tenaga dalam sehari harus mengandungi 50-60% karbohidrat.

Individu yang mempunyai sindrom metabolik dengan paras trigliserida (TG)  yang tinggi dan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah, perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan 50% daripada pengambilan karbohidrat.

Anda perlu mengambil karbohidrat kompleks atau bijian penuh (sekurang-kurangnya 3  hidangan) seperti beras perang, roti mil penuh, capati, oat, bran, jagung dan bijirin penuh.

Contoh 1 hidangan karbohidrat kompleks adalah seperti berikut:

Kuantiti

Bijirin, Bijian, Roti

½ cawan

Beras

1 cawan

Bubur nasi

1/2 cawan or 1/3  mangkuk nasi cina

Kueteow

Mi hun

Suhun

Spaghetti

Makaroni

1/3 cawan

1 keping  (60 g)

1 keping  (40 g)

1/2 keping

1/3 keping

1 keping  (30 g)

1 ketul  (30 g)

1/2 ketul

1/2 ketul

1/4 cawan

Mi (basah)

Idli

Putu mayam

Tosai (diameter 20 cm)

Capati (diameter 20 cm)

Roti (mil penuh, tinggi gentian, putih/ perang)

Plain roll

Roti burger

Roti pita (diameter 6”)

Bijirin oat (dimasak)

3 sudu makan

Oat (tidak dimasak)

1/4 cawan

Muesli

3 sudu makan

Tepung (gandum, beras, atta)

3 keping

Biskut  (tawar, tidak manis)

contohnya krim kraker

6 keping

Biskut kecil, nipis, bergaram

(4.5 x 4.5 cm)

Gula

Anda harus mengehadkan pengambilan gula kepada tidak lebih 15% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Pengambilan gula yang tinggi untuk menggantikan lemak akan menurunkan paras HDL dan meningkatkan paras TG.

Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.

Serat

Saranan bagi pengambilan serat adalah 20-30g sehari, di mana sekurang-kurangnya 6 gram adalah serat larut air.

Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.

Saranan pengambilan minimum serat setiap hari adalah 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan termasuk satu hidangan makanan daripada sumber bijian penuh. Peningkatan pengambilan serat larut air sebanyak 5 – 10g setiap hari dapat menurunkan paras LDL dalam anggaran 5%.

Oat, mil oat, bran oat, kacang, kekacang, barli dan buah-buahan sitrus mengandungi serat larut air. Oat pula mempunyai kandungan serat larut yang paling tinggi berbanding bijirin yang lain.

½ cawan bran oat membekalkan 6 gram serat larut air sehari.

Rujukan selanjutnya di Keperluan Pemakanan bagi warga emas

Berikut adalah contoh kandungan serat yang terdapat dalam nasi dan produk bijirin yang lain, kekacang serta buah-buahan dan juga sayur-sayuran:

Bahan makanan

Saiz hidangan

Berat (g)

Jumlah serat (g)

Jambu batu tanpa kulit dan biji

1 keping, kecil

59

16.0

Buah pir

1 sederhana

166

4.0

Epal

1 sederhana

138

3.7

Oren

1 kecil

120

2.8

Pisang

1 sederhana

100

2.4

Prun

4 dengan biji

28

2.0

Betik

1 keping

100

1.8

Nenas

1 keping

100

1.2

Tembikai susu

1 keping

160

1.0

Tembikai

1 keping

160

0.9

Keledek

1 kecil

114

4.6

Pis (direbus )

½ cawan

68

2.8

Kentang

1 sederhana

110

2.6

Jagung (Isi)

1 tongkol, sederhana

77

2.2

Tomato

1 – 3” diameter

200

2.2

Lobak merah

½ cawan

62

2.0

Bayam

½ cawan

72

1.7

Bendi

½ cawan

64

1.6

Kubis

½ cawan

60

1.4

Jagung (tin)

½ cawan

66

1.2

Kailan

½ cawan

52

1.1

Timun

6 hiris  (1/8” tebal )

50

0.4

Roti, gandum penuh

1 keping

28

1.3

Roti berkismis

1 keping

28

1.2

Nasi, perang

½ cawan

51

1.0

Emping jagung

1 cawan

23

1.0

Roti, putih

1 keping

25

0.6

Beras, putih

½ cup

51

0.2

Kacang merah (tin)

½ cawan

102

7.7

Kacang dal

½ cawan

80

6.3

Kacang kuda

½ cawan

66

5.6

Kacang tanah

½ cawan

58

4.8

Kacang soya

½ cawan

72

4.4

Kacang panggang

½ cawan

95

3.8

Protein

1 gram protein membekalkan 4 kilokalori tenaga.

Keperluan harian protein anda adalah 15% daripada jumlah pengambilan tenaga. Ini adalah bersamaan dengan 0.8-1.0g protein bagi setiap 1 kilogram berat badan sehari.

Ikan seperti Kembung, Tenggiri, Kurau, Siakap, Tilapia dan Keli boleh dimakan mengikut saranan iaitu sebanyak 2 hingga 3 hidangan sehari.

Hanya pilih daging/ kerbau/ kambing/ khinzir tanpa lemak.

Buangkan kulit dan lemak daripada ayam/ itik. Elakkan bahagian kepak, kaki dan bahagian lain yang berlemak.

Anda harus mengehadkan pengambilan kuning telur kepada tidak lebih daripada 2 biji seminggu kerana setiap kuning telur mengandungi 215 mg kolesterol.

Anda harus mengehadkan pengambilan kuning telur kepada tidak lebih daripada 2 biji seminggu kerana setia kuning telur mengandungi 215 mg kolesterol.

Tingkatkan pengambilan kekacang, soya dan produk soya untuk menggantikan protein haiwan. Kacang yang tinggi kandungan lemak tak tepu boleh dimakan beberapa kali seminggu. Contoh 1 hidangan protein daripada daging, ikan, kacang atau kekacang seperti berikut :

Daging tanpa lemak dan kekacang

Kuantiti

Chicken (raw, without skin)

Lean meat

Poultry (young)

Egg (hen)

Soya bean curd (taukua)

Soya bean curd (soft, tauhoo)

Fucuk

Tempeh

1/2 ketul  peha

1 hidangan kecil  (40 g)

40g mentah / 30g dimasak

1 biji sederhana

1/2 keping  (60 g)

3/4 keping  (90 g)

11/2 keping  (30 g)

1 keping  (45 g

Ikan, Kerang-kerangan

Kuantiti

Ikan  (contohnya  ikan kembong, selar)

Kutlet ikan

Sotong

1/2 keping  (40 g)

1/4 keping  (40 g)

1 sederhana  (40 g)

Isi ketam

Isi udang kara

Isi udang

1/4 cawan

Kerang

Udang

20 kecil

6 sederhana

Anda perlu ambil 1-2 hidangan produk tenusu setiap hari. Pilih susu dan produk susu rendah lemak atau tanpa lemak (skimmed milk). Walau bagaimanapun, saranan ini tidak termasuk susu pekat manis, susu sejat atau krim bukan tenusu.

Contoh 1 sajian produk tenusu adalah seperti berikut :

Susu

Kuantiti

Susu lembu segar

Susu segar UHT

Susu tepung (skim, penuh krim)

Dadih (biasa/ rendah lemak)

Susu cair /sejat (kurang manis)

1 cawan (240 ml)

1 cawan (240 ml)

4 sudu makan atau or 1/3 cawan

3/4 cawan

1/2 cawan

Lemak dan kolesterol

1 gram lemak membekalkan 9 kilokalori tenaga.

Keperluan harian lemak anda adalah 25% – 30% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Walau bagaimanapun, pengambilan lemak seharusnya tidak boleh kurang daripada 25% jumlah pengambilan tenaga kerana ini akan menyebabkan berlakunya pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Keadaan ini mungkin mengakibatkan paras TG meningkat dan paras kolesterol HDL menurun.

Lemak dikelaskan kepada tiga kumpulan utama bergantung kepada struktur kimia iaitu lemak tepu, lemak tak tepu [(termasuklah poli tak tepu, mono tak tepu dan asid lemak trans (lemak yang berubah secara kimia dalam pemprosesan makanan)].

Asid lemak poli tak tepu (Polyunsaturated Fatty Acid, PUFA)

Keperluan SFA adalah 7% – 10% daripada jumlah pengambilan tenaga. Diet yang tinggi kandungan asid lemak tepu akan meningkatkan paras LDL serum.

Kurangkan pengambilan sumber SFA seperti minyak sapi, mentega, lemak sayuran, lemak daging, lemak khinzir, serbuk koko dan produk tenusu penuh krim.

Santan merupakan salah satu penyumbang utama dalam pengambilan asid lemak tepu. Hadkan hidangan yang mengandungi santan

Asid lemak poli tak tepu (Polyunsaturated Fatty Acid, PUFA)

Keperluan PUFA adalah 5% – 7% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Keperluan PUFA adalah 5% – 7% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Minyak jenis ini tidak disyorkan digunakan untuk menggoreng disebabkan komposisi kimianya dan titik pengasapan yang rendah.

Asid lemak mono tak tepu (Monounsaturated Fatty Acid, MUFA)

Keperluan MUFA adalah 12% – 15% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Kebanyakan sumber MUFA adalah daripada sayur-sayuran termasuklah minyak tumbuhan (kanola, zaitun, kacang tanah) dan kacang.

Keperluan MUFA adalah 12% – 15% daripada jumlah pengambilan tenaga.

Minyak jenis ini sesuai diguna untuk menggoreng.

Asid Lemak Trans (Trans Fatty Acid, TFA)

Pengambilan TFA seharusnya kurang daripada 1% jumlah pengambilan tenaga.

Kebanyakan TFA dihasilkan dalam proses penghidrogenan minyak makan tinggi-PUFA secara komersial. Proses ini “mengeraskan” minyak pada suhu tinggi dalam kehadiran pemangkin logam untuk menjadikan lemak pepejal dan digunakan dalam penghasilan produk makanan (contoh lemak sayuran, marjerin, minyak sapi, lemak bakeri dan sebagainya).

Pengambilan kolesterol seharusnya kurang daripada 300mg/ hari. Rujukan selanjutnya di HIPERKOLESTEROLEMIA.

Natrium

Anda harus mengambil kurang daripada 2400mg natrium atau 6g natrium klorida (garam) sehari.

2400mg natrium adalah bersamaan dengan 1 sudu kecil garam.

Pengambilan garam yang rendah boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, manakala pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah

Alkohol

Pesakit hiperlipidemia harus mengelakkan pengambilan alkohol dalam diet seharian.

Saranan pengambilan alkohol adalah kurang daripada 2 unit sehari. Satu unit sehari adalah bersamaan dengan 5 auns wain, 12 auns bir atau 11/2 auns wiski proof 80.

Pemakanan Bagi Pesakit Gout
Pengenalan

Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.

Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan

Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan

Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.

KUMPULAN MAKANAN

TINGGI PURIN

(150-825mg

purin/ 100g makanan)

SEDERHANA PURIN

(50-150mg purin/ 100g makanan

RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Makanan perlu dielak

Makanan diambil secara sederhana

Makanan yang diambil mengikut keperluan normal

Bijirin dan Produk Bijirin

Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari

Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut

Buah-buahan

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga :

*Hadkan ½ cawan sehari

Semua jenis buah dan jus buah

Sayur-sayuran

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga :

*Hadkan ½ cawan sehari

Kebanyakan sayuran

Makanan Berprotein

Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan makeral-

Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas)

*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia

Susu dan produk tenusu, telur dan keju

Lemak dan Minyak

Semua jenis (ambil secara sederhana)

Sup

Ekstrak daging

Sup daging

Sup sayur

Lain-lain

Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

Minum 6-8 gelas sehari.  ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

Pemakanan untuk Hiperkolesterolemia
Pengenalan

Objektif Pengurusan Pemakanan:

Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal

Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol

Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak

Tingkatkan pengambilan serat

Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL(sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan)

Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.

Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan

Udang , sotong, ketam dan juga kerang – kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .

Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik.

Kurangkan Pengambilan Lemak

Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.

Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.

Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.

Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.

Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia.

Tingkatkan Pengambilan Serat

Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .

Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

Jenis-jenis lemak

Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak Tepu

Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.

Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu

Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk

Kebiasaanya daripada tumbuhan

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :

Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa

Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.

Nama lain bagi lemak – trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling, cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat ( lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.

Jadual Kandungan Kolesterol Dalam Makanan

Kandungan kolesterol dalam beberapa jenis makanan

Jenis Makanan (100 g)

Kandungan Kolesterol.

(mg)

Jenis Makanan (100 g)

Kandungan Kolesterol.

(mg)

Organ haiwan

Susu dan Hasil tenusu

Otak – khinzir

800

Mentega (‘Butter’)

120

Ginjal – kambing

375

Krim – Pekat

133

Hati – biri-biri

300

Krim – cair

113

Hati – khinzir

180

Whipped Topping

85

Jantung

150

Krim masam

66

Daging,ayam,itiks

Keju

90

Ayam belanda – daging hitam

101

Keju Cottage – krim

19

Ayam belanda – daging putih

77

Keju Cottage – tanpa krim

7

Ayam

85

Keju berkrim

111

Biri-biri

70

Sapuan Keju

64

Khinzir – dengan lemak

63

Susu cair

31

Khinzir – tanpa lemak

50

Susu tepung penuh krim

105

Kambing

55

Susu skim ( tanpa lemak )

22

Lembu

45

Lemak

Ikan dan Makanan Laut

Lemak babi

95

Ikan bilis dengan kepala

383

Mayones

70

Ikan bilis tanpa kepala

58

Lain-lain

Udang – kering

353

Rendang hati

215

Udang – segar

130

Mee goreng mamak

160

Sotong

120

Tosei dengan telur

85

Ketam

100

Sambal udang

79

Tiram

50

Kuew Teow Goreng kerang

64

Kerang

45

Lup Heong

56

Telur ikan

300

Satay

55

Sardin dalam minyak (dalam tin)

140

Nasi Goreng

48

Ikan kembung

35

Kari kambing

47

Ikan Kurau

4

Pau- tai paw

56

Ikan Tenggiri

3

Pau – char siew

13

Telur

Nasi Ayam

14

Telur ayam ( kuning )

1480

Nasi Beriyani

11

Telur ayam ( putih sahaja)

0

Nasi Char Siew

11

Telur Itik

850

Laksa kari

7

Telur puyuh

415

Pembengkakan Prostat yang Bukan Kanser
Pendahuluan

Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar .

Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan.

Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.

Kenapa Pembengkakan Prostat Berlaku

Sebab berlaku pembengkakan prostat tidak difahami sepenuhnya tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang telah berumur. Disebabkan ianya tidak terjadi kepada lelaki yang dibuang testis sebelum baligh, sesetengah orang berpendapat faktor-faktor berkaitan dengan penuaan dan testis yang mendorong perkembangan pembengkakan prostat.

Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron. Adalah dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatan umur, lelaki terus mengeluar dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.

Tanda dan Simptom

Simptom-simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.

Simptom-simptom pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan keterukan penyumbatan atau keterukan simptom-simptomnya, tetapi kebanyakannya melibatkan perubahan dalam pembuangan air kencing seperti:

Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan

Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis

Kencing kerap terutama waktu malam

Komplikasi

Pembengkakan prostat yang teruk boleh menyebabkan masalah yang serius:

Seseorang yang ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan di mana urin langsung tidak boleh mengalir keluar, mungkin dicetuskan oleh pengambilan ubat selsema atau alergi.

Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.

Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan.

Diagnosa

Adalah penting untuk memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kencing seperti mana yang diterangkan di atas. Dalam 8 daripada 10 kes, simptom-simptom ini menandakan pembengkakan prostat tetapi ia juga boleh menandakan keadaan lain yang lebih serius seperti kanser prostat yang memerlukan rawatan segera. Dapatkan pemeriksaan tahunan. Kebanyakan ujian membantu mengenalpasti masalah dan ujian ini adalah berbeza mengikut pesakit. Di bawah adalah ujian yang biasa dilakukan:

Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam (DRE)  Biasanya ujian pertama yang dilakukan dengan memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam rektum dan merasa bahagian prostat yang bersebelahan dengan rektum. Pemeriksaan ini memberi idea berkenaan saiz dan juga keadaan kelenjar tersebut.

Prostate Specific Antigen (PSA) Blood Test. Satu ujian darah yang membantu menolak kemungkinan kanser prostat sebagai penyebab. PSA adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat, biasanya tinggi di dalam darah seseorang yang menghidapi kanser prostat

Rectal Ultrasound Probe (sejenis alat yang terdapat pada mesin ultrasound) dimasukkan ke dalam rektum untuk mengeluarkan gelombang bunyi. Corak gema (echo patterns) gelombang bunyi yang terhasil membantu mengesan masalah prostat. Kedua-dua ujian PSA dan ultrasound meningkatkan pengesanan bila digabungkan dengan saringan DRE. Tetapi ujian-ujian ini secara perbandingan mempunyai kadar false-positive yang tinggi dan ia mengesan lebih banyak ketumbuhan yang tidak bahaya dari segi perubatan

Ujian-ujian lain termasuk:

Ujian Aliran Kencing (Urine Flow Study) Pesakit kencing dalam satu alat yang mengukur berapa laju pengaliran air kencing. Aliran yang perlahan biasanya menandakan pembengkakan prostat

Pyelogram Intravena (Intravenous Pyelogram (IVP)) Sejenis X-ray kepada saluran kencing di mana pewarna (dye) disuntik ke dalam salur darah vena, ia dikeluarkan melalui buah pinggang dan x-ray akan diambil. Pewarna ini menyebabkan aliran air kencing dapat dilihat dalam x-ray dan dapat menunjukkan penyumbatan atau sekatan dalam saluran kencing

Cystoscopy Di mana doktor memasukkan satu tiub yang kecil melalui satu pembukaan salur kencing pada zakar selepas bius setempat. Tiub ini dinamakan “cystoscope”, yang mempunyai kanta dan sistem pencahayaan yang membantu melihat bahagian dalam salur kencing dan pundi kencing. Cystoscope membantu mengenalpasti saiz kelenjar serta lokasi dan keterukan penyumbatan.

Rawatan

Seseorang lelaki yang menghidapi pembengkakan prostat dengan simptom biasanya memerlukan rawatan pada masa tertentu. Doktor biasanya akan menasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan bila masalah menjadi mudarat atau menjejaskan kesihatan pesakit.

Sebahagian penyelidik melaporkan bahawa rawatan awal mungkin tidak diperlukan kerana simptom-simptom pembengkakan prostat akan hilang tanpa rawatan dalam 1/3 daripada kes-kes ringan. Daripada mendapat rawatan segera, pemeriksaan doktor yang berkala untuk mengesan masalah awal adalah lebih berfaedah.

Rawatan ubat-ubatan

Ubat boleh didapati untuk menghalang pengeluaran hormon DHT. Ubat ini boleh mengecut atau sekurang-kurangnya memberhentikan pembengkakan prostat tanpa pembedahan.

Ubat-ubat yang bertindak dengan mengendurkan otot-otot prostat dan leher pundi kencing dapat meningkatkan pengaliran urin dan mengurangkan penyekatan di pembukaan pundi kencing. Ubat-ubatan ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai alpha blockers.

Rawatan bukan pembedahan

Bukan semua pesakit boleh dirawat secara berkesan dengan ubat-ubatan. Pada tahun kebelakangan ini, terdapat perkembangan beberapa prosedur yang dapat melegakan simptom pembengkakan prostat yang kurang invasive berbanding dengan pembedahan. Ini termasuklah:

Transurethral Microwave thermotherapy hermotherapy Satu alat yang menggunakan mikrowave yang dikawal oleh komputer dimasukkan melalui tiub untuk memanaskan dan memusnahkan bahagian tertentu tisu prostat. Satu sistem penyejukan melindungi saluran kencing semasa prosedur ini.

Transurethral Needle Ablation Menghasilkan tenaga pemancaran yang rendah melalui jarum berkembar untuk membakar bahagian prostat yang membengkak. Penghalang (shields) melindungi saluran kencing daripada kepanasan.

Rawatan Pembedahan

Pembedahan melibatkan pembuangan bahagian kelenjar prostat yang membengkak dan ini akan melegakan penyumbatan dan membolehkan pengosongan pundi kencing sepenuhnya. Ia adalah penyelesaian yang terbaik untuk jangka panjang bagi pesakit dengan pembengkakan prostat. Ini termasuklah:

Pembedahan (TURP)Digunakan dalam 90% daripada semua pembedahan prostat dan tidak memerlukan turisan (incision) dari luar. Selepas dibius, pakar bedah memasukkan tiub melalui salur kencing di zakar untuk sampai ke kelenjar prostat. Pakar bedah menggunakan gelung wayar untuk membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi sedikit. Prosedur ini kurang mencederakan dan tempoh pemulihan adalah lebih pendek.

Pembedahan terbukaDalam segelintir pesakit di mana prosedur melalui salur kencing tidak dapat dilakukan, pembedahan terbuka yang memerlukan turisan dari luar boleh digunakan. Pembedahan terbuka biasa digunakan bila kelenjar terlalu besar, terdapat komplikasi lain atau bila pundi kencing perlu diperbaiki.

Pembedahan LaserSatu prosedur pembedahan menggunakan fiber laser untuk menyejatkan dan mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan. Satu kelebihan pembedahan laser berbanding dengan TURP adalah ia menyebabkan kurang kehilangan darah.

Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya. Semasa tempoh pemulihan, berikut adalah sebahagian daripada komplikasi yang boleh berlaku:

Masalah Kencing Aliran kencing menjadi lebih laju sebaik selepas pembedahan, tetapi ia mungkin mengambil masa seketika sebelum kembali kepada aliran biasa.

Ketidakupayaan mengawal kencing (Inkontinen).Bila pundi kencing kembali normal, mungkin terdapat masalah sementara untuk mengawal kencing walaupun inkontinen jangka panjang jarang berlaku.

Pendarahan Dalam beberapa minggu yang awal selepas pembedahan melalui saluran kencing, kuping (scab) yang terdapat di dalam pundi kencing menjadi longgar dan pendarahan dalam air kencing mungkin timbul semula.

Fungsi Seks Selepas Pembedahan Ia mengambil masa untuk fungsi seks kembali sepenuhnya. Tetapi kebanyakan lelaki akan dapat menikmati perhubungan seks semula dalam masa setahun.

Aspek-aspek perubahan fungsi seks adalah seperti berikut:

Ereksi

Pembedahan jarang menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun pembedahan biasanya tidak boleh mengembalikan masalah mati pucuk yang telah berlaku sebelumnya

Ejakulasi

Walaupun kebanyakan lelaki boleh terus mengalami ereksi selepas pembedahan, pembuangan kelenjar prostat biasanya akan menyebabkan mereka mandul, akibat keadaan yang dipanggil ejakulasi ke belakang (retrograde ejaculation). Semasa aktiviti seksual, sperma daripada testis masuk ke salur kencing melalui satu pembukaan yang dekat dengan pundi kencing. Biasanya satu otot menghalang kemasukan air mani ke pundi kencing dan ia dikeluarkan melalui zakar. Selepas pembedahan, air mani mengambil jalan yang kurang rintangan dan masuk ke pembukaan yang lebih besar ke dalam pundi kencing daripada dikeluarkan melalui zakar. Kemudian ia dikeluarkan bersama air kencing

Orgasma

Kebanyakan lelaki mendapati sedikit atau tiada perbezaan dalam sensasi orgasma sebelum dan selepas pembedahan. Ia mengambil masa untuk membiasakan diri dengan keadaan ejakulasi ke belakang, pesakit sepatutnya akan dapat menikmati seks seperti sediakala. Memahami prosedur pembedahan dan perbincangan tentang sebarang kebimbangan dengan doktor sebelum pembedahan biasanya membantu lelaki kembali semula kepada fungsi seks lebih awal. Kebanyakan lelaki juga mendapati berguna untuk berbincang dengan kaunselor selepas pembedahan.