Archive for the ‘Ateri Koronari’ Category
Pemakanan bagi Pesakit Kardiovaskular
Pengenalan
- Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.
- Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.
- Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.
- Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
- Lipoprotein berketumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
- Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
- Trigliserida (TG)
- Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.
- Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baikt’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.
- Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Read the rest of this entry »


