postheadericon Petua: Khasiat Daun Kari

Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae


Keterangan:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Read the rest of this entry »

postheadericon Petua: Cekur Penawar Senggugut

Nama Tempatan :  Cekur / Kencur

Nama Saintifik     : Kaempferia Galanga

Keterangan

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Read the rest of this entry »

postheadericon Petua: Tebu Hitam Penawar Kencing Manis

Nama Tempatan :  Tebu Hitam

Nama Saintifik     : Sacharum Offcinarum

Keterangan

Salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar. Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan.

Read the rest of this entry »

postheadericon Petua: Buah Nam-nam Penawar Kencing Manis

Nama Tempatan :  Nam Nam

Nama Saintifik     : Cynometra Cauliflora

Nama Lain  : Pokok katak puru,amphawa, nang-ai, hima,namu-namu,kopi anjing

Famili           : Ceasalpinioideae/Leguminosae

Keterangan

Merupakan sejenis pokok kecil nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan. rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Read the rest of this entry »

postheadericon Berlebihan Berat Badan dan Kegemukan / Obesiti

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA !!!obesity

  • Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
  • Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 – 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
  • Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
  • Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan : Read the rest of this entry »

Kira Body Mass Index Anda



Jump to the BMI table »

Pemanis Khasiat Yang Mustajab
Pengganti gula yang unik semakin popular di serata dunia kerana, ia bukan sahaja 300 kali lebih manis daripada gula tebu, tiada sisa rasa yang pelik, manakal juga memberi manfaat kesihatan yang terbukti pada gula darah, kesihatan oral, kawalan berat, dan lain-lain.
http://www.luvina.biz

Pakej Kesihatan Serba Lengkap
Produk mesti guna dikalangan wanita-wanita dan ibu-ibu selepas bersalin.
http://www.luvina.biz